Skip to main content

Dasar Privasi

Dasar Privasi ini akan menentukan cara iNova Pharmaceuticals (iNova) akan menguruskan maklumat peribadi anda.

Bagaimana dan mengapa kami mengumpul maklumat peribadi anda?

Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi tentang anda, yang mungkin termasuk:

  • nama;
  • maklumat perhubungan;
  • tarikh lahir;
  • maklumat demografi;
  • pekerjaan atau jawatan.

Tujuan utama kami mengumpul maklumat tentang anda adalah untuk membolehkan kami melaksanakan aktiviti dan fungsi perniagaan kami.

Maklumat yang kami kumpulkan akan berbeza-beza bergantung pada sifat interaksi kami dengan anda. Contohnya, anda mungkin akan:

  • menghantar maklumat peribadi anda kepada kami apabila anda menyertai sesuatu pertandingan;
  • menghantar borang perhubungan melalui salah satu laman sesawang kami;
  • membuat pesanan dengan kami;
  • berkongsi maklumat peribadi anda semasa kunjungan daripada salah seorang wakil jualan kami;
  • mengambil bahagian dalam kajian pasaran yang berkaitan dengan produk kami; atau
  • memohon pekerjaan dengan iNova.

Mengumpul maklumat peribadi secara langsung daripada anda merupakan amalan biasa kami. Walau bagaimanapun, kami juga boleh mendapatkan maklumat peribadi daripada senarai perhubungan yang tersedia secara komersil atau sumber yang boleh didapati secara umum, di mana kami berpuas hati bahawa anda telah bersetuju dengan pengumpulan tersebut atau secara munasabahnya menjangka kami akan mengumpul maklumat peribadi anda dengan cara sedemikian.

Kami biasanya hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan asal ia dikumpulkan, yang mungkin termasuk:

  • untuk membekalkan anda dengan barangan atau perkhidmatan yang diminta oleh anda;
  • untuk memasukkan anda ke dalam pertandingan dan memaklumkan anda tentang keputusan;
  • untuk menghantar notis pekerjaan kepada anda;
  • untuk menyimpan rekod pertanyaan, aduan dan laporan kejadian buruk yang berkaitan dengan produk kami;
  • untuk memberikan anda akses yang selamat ke laman sesawang kami;
  • untuk menghantar maklumat tentang produk atau bahagian terapeutik iNova yang mungkin anda minati kepada anda;
  • untuk membekalkan anda dengan sampel produk iNova;
  • untuk menguruskan persidangan, simposium, panel pakar, seminar atau mesyuarat atau acara lain;
  • untuk menjadualkan janji temu antara anda dengan salah seorang wakil jualan kami;
  • untuk melaporkan maklumat seperti yang dikehendaki Tatakelakuan Ubat Australia atau mana-mana badan perundangan/peraturan perubatan yang mungkin terpakai di negara di mana anda tinggal;
  • untuk memproses pembayaran dan menjalankan fungsi perniagaan lain;
  • untuk menyiasat aduan;
  • untuk mematuhi mana-mana undang-undang.

Sekiranya kami tidak dapat mengumpul maklumat peribadi anda, kami mungkin tidak dapat membekalkan anda dengan maklumat, barangan atau perkhidmatan yang anda minta.

Pendedahan Maklumat Peribadi anda

Kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat dalam kumpulan iNova, pihak ketiga yang digunakan oleh kami, atau rakan kongsi perniagaan kami, untuk membantu kami menawarkan maklumat, barangan atau perkhidmatan kepada anda. Pihak ketiga atau rakan kongsi perniagaan tersebut mungkin termasuk:

  • pengedar produk kami;
  • penganjur acara atau pertandingan serta ejen pelancongan;
  • penyedia logistik;
  • penyedia perkhidmatan pengehosan, storan data atau pengarkiban, perkhidmatan pemprosesan pembayaran dan kutipan hutang;
  • penasihat profesional;
  • agensi pemasaran, penyelidikan dan pengiklanan; dan
  • syarikat penghantaran barang

Kami mungkin akan berkongsi dan memindahkan maklumat peribadi anda berhubung penjualan semua atau sebahagian perniagaan kami.

ami juga mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi anda:

  • kepada polis, atau pihak berkuasa atau badan penguatkuasaan yang berkaitan, berhubung sebarang penyiasatan; atau
  • sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang privasi tempatan.

Bahan Pemasaran Langsung

Kami mungkin akan menghantar komunikasi pemasaran kepada anda tentang produk dan perkhidmatan kami yang kami berasa anda mungkin minati. Komunikasi ini boleh dihantar dalam pelbagai bentuk, termasuk mel, SMS atau e-mel, berdasarkan undang-undang yang berkuatkuasa.

Sekiranya anda menerima komunikasi daripada kami yang anda percaya telah dihantar kepada anda dengan tidak berdasarkan dasar ini, atau melanggar mana-mana undang-undang, sila hubungi kami di privacy@inovapharma.com.

Arahan untuk menarik diri biasanya akan disertakan di sesuatu bahagian dalam komunikasi. Anda juga boleh menarik diri daripada menerima komunikasi pemasaran pada bila-bila masa dengan menghantar e-mel kepada unsubscribe@inovapharma.com.

Laporan kejadian buruk

iNova mempunyai proses rasmi untuk mengumpul, menyimpan dan memproses laporan kejadian buruk yang berkaitan dengan produk iNova. Maklumat kejadian buruk boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan di mana-mana sahaja di dunia, berdasarkan keperluan peraturan tempatan dan antarabangsa. Kami juga mungkin akan menggunakan maklumat tersebut untuk menghubungi anda berhubung dengan laporan berkenaan.

Pengambilan pekerja (Perekrutan)

Sekiranya anda memohon pekerjaan di iNova, kami akan mengumpul maklumat peribadi daripada anda seperti resume, rujukan, sijil, dan sebagainya. Maklumat peribadi ini boleh dikongsi dengan mana-mana agensi perekrutan yang membantu kami dalam proses perekrutan.

Sekiranya permohonan anda tidak sesuai dengan keperluan semasa kami, tetapi kami berasa mungkin terdapat jawatan yang sesuai di sini pada masa hadapan, kami akan menyimpan rekod permohonan anda, dan mungkin akan menghubungi anda semula sekiranya wujud jawatan yang sesuai.

Pemindahan data ke luar negara

Sebilangan organisasi yang kami gunakan untuk menyimpan dan mengurus maklumat peribadi anda, atau yang kami dedahkan maklumat peribadi anda kepada, mungkin terletak di luar negara (mungkin melebihi satu negara) anda. Negara-negara tersebut mungkin termasuk Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia, Hong Kong, Thailand, Filipina dan Afrika Selatan. Kami juga mungkin akan menggunakan penyedia perkhidmatan berasaskan awan yang menggunakan aset yang terletak di negara lain untuk mengurus data kami.

Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada penerima di luar negara tanpa mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan penerima di luar negara tidak akan melanggar undang-undang privasi tempatan

Maklumat Bukan Peribadi

Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami bebas untuk menggunakan dan menerbitkan sebarang maklumat yang anda berikan kepada kami atau sebagai hantaran di laman sesawang kami (secara tidak sulit).

Penggunaan kuki

Laman web kami menggunakan teknologi “kuki” untuk memperoleh maklumat bukan peribadi daripada pengunjung dalam talian, serta untuk menawarkan pengunjung berdaftar satu pengalaman dalam talian diperibadikan yang terbaik.

Sekiranya anda tidak mahu kuki, anda boleh menetapkan komputer anda untuk memberi amaran kepada anda setiap kali kuki dihantar, dan untuk melumpuhkan semua kuki melalui pelayar anda.

Laman sesawang pihak ketiga

Laman sesawang yang kami kendalikan mungkin mengandungi pautan ke laman sesawang yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan atau dasar laman sesawang yang dikendalikan oleh pihak ketiga.

Kadangkala kami akan menggunakan platform pihak ketiga untuk menyampaikan maklumat atau perkhidmatan kepada anda. Laman sedemikian mungkin mempunyai Dasar Privasi mereka sendiri, yang perlu anda semak secara berasingan.

Keselamatan data

Kami menyediakan langkah-langkah fizikal, teknikal dan organisasi untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada penyalahgunaan, gangguan dan kehilangan, dan daripada akses, pengubahsuaian atau pendedahan yang tidak dibenarkan.

Kami juga melakukan segala usaha untuk memastikan pihak ketiga yang bekerja dengan kami turut melindungi maklumat peribadi anda.

Sekiranya kami tidak lagi memerlukan maklumat peribadi untuk tujuan ia diperolehi, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memadamkan maklumat tersebut dan/atau memastikan ia dinyahkenal pasti (sebagaimana munasabah dalam keadaan berkenaan).

Mengakses dan membetulkan maklumat anda

Sekiranya anda ingin mendapatkan akses kepada maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda, dan/atau meminta pembetulan atau pemadaman maklumat tersebut, sila hubungi: privacy@inovapharma.com

Perubahan kepada Dasar ini

Kami boleh mengubah suai Dasar ini pada bila-bila masa dan semua pengubahsuaian akan berkuat kuasa dengan segera selepas kami menyiarkan pengubahsuaian di laman ini.

Bagaimana untuk menghubungi kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Dasar ini, atau sekiranya anda ingin mendapatkan butiran perhubungan pihak kawal selia privasi tempatan anda untuk membuat aduan, sila hubungi: privacy@inovapharma.com

Kemas kini terakhir: April 2021

© iNova Pharmaceuticals

Semua nama jenama merupakan hak milik berdaftar iNova Pharmaceuticals atau pemberi lesennya